Resepi Ikan Bakar Kosong Kak Ros, Sedap!

Pada artikel kali ini saya akan kongsikan pula resepi ikan bakar yang sangat sedap.

Ikan bakar ni biasanya ada dua cara penyediannya.

  1. Ikan bakar yang dibakar kosong dan dimakan bersama air asam ataupun dicicah sambal kicap.
  2. Ikan akan dibakar bersama dengan pes sambal yang dimasak terlebih dahulu.

Ada orang yang suka makan ikan bakar kosong bersama air asam dan ada juga yang sukakan rasa pes sambal yang lebih ketara.

Kalau di restoran-restoran ikan bakar ala Thai, biasanya mereka akan buat ikan bakar yang bersambal.

Resipi pes ikan bakar yang dikongsikan oleh Kak Ros ini boleh anda cuba. Tak lama pun buatnya tapi hasilnya cukup sedap.

Bahan Resepi Ikan Bakar Simple

Bahan Ikan Bakar Kosong

  • Seekor ikan (Boleh guna ikan siakap, jenahak, merah, bawal ataupun pari)
  • Sedikit Gula
  • Sedikit Garam
  • ½ kiub ikan bilis
  • 3 sudu gula kabung
  • Daun Limau Purut
  • Air Secukupnya
  • Minyak Secukupnya
  • Daun Kunyit (Untuk membalut ikan)
  • Aluminium foil

Bahan Kisar Ikan Bakar

  • Cili Kering
  • Sedikit Udang Kering
  • Sedikit Belacan
  • 5 ulas bawang Besar
  • 5 ulas bawang Kecil
  • 1 labu bawang Putih
  • ½ inci Halia
  • ½ inci Kunyit hidup
  • ½ inci Lengkuas
  • 5 batang Serai
  • 5 biji Cili Api

Suka makan nak masak Ikan bakar?, Jom anda juga boleh cuba Resepi Ikan Bakar Oven Ala Kak Ros, Sedap! & Resepi Ikan Bakar Petai Mudah


Cara Penyediaan Ikan Masak Pes Sambal

  1. Basuh ikan bersih dan kelar badannya. Jangan potong ikan, biarkan dimasak seekor-seekor.
  2. Kisar semua bahan kisar A sehingga betul-betul hancur.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar A sehingga keluar minyak.
  4. Masukkan sedikit air. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan gula, garam, gula kabung dan kiub ikan bilis.
  6. Masukkan daun limau purut yang telah diracik-racik
  7. Kacau sehingga naik minyak sekali lagi.
  8. Kalau sudah cukup perasa semua, boleh lah ditutup api

Cara Memanggang Ikan

  1. Potong aluminium foil secukupnya (cukup untuk membalut ikan).
  2. Letakkan aluminium foil di atas dulang. Lampirkan daun kunyit memanjang.
  3. Masukkan sedikit pes di atas daun kunyit.
  4. Letak ikan diatas pes. Sapu lagi pes di atas ikan.
  5. Boleh sesuaikan kadar pes mengikut kehendak masing-masing.
  6. Kemudian balut ikan dengan aluminium foil tadi sehingga betul-betul kedap dan tidak bocor.
  7. Setelah selesai, panggang ikan dalam aluminium foil di atas pemanggan selama 10 minit sebelah.
  8. Siap dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.

Originally posted 2022-08-26 02:24:00.

Tinggalkan komentar