Resepi Ikan Ampap ala Kak Ros Emm Sedap!

Sebut sahaja makanan Sabah, pasti terbayang ambuyat, latok dan sebagainya.

Namun tidak ramai mengetahui Ikan Masak Ampap adalah salah satu lauk yang popular di Sabah.

Menariknya lauk ini, semakin lama ia disimpan, semakin sedap dan berasa ikan tersebut.

Ia boleh disimpan selama dua hingga tiga hari dan mungkin lebih.

Resipi ini popular dimasak dengan ikan basong, di Semenanjung ikan basong dipanggil sebagai ikan selayang.

Bagaimanapun ia boleh sahaja di masak menggunakan ikan jenis lain seperti bawal.

Jom cuba resepi ikan masak ampap selera Sabah yang dikongsikan Kak Ros!

Bahan Resepi Ikan Ampap

  • 7-8 Ekor Ikan Basung
  • 1-2 Inci Halia
  • 2 Inci Kunyit
  • 4 Batang Serai (Dititik)
  • 9-10 Biji Cili Padi
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 6 Biji Bawang Putih
  • Asam Keping/Air Asam Jawa
  • Garam Secukup Rasa
  • Minyak Masak
  • Penambah perisa/Ajinomoto
  • Serbuk lada putih
  • Air Secukupnya

Jom Baca : Resepi Ikan Tongkol Masak Kari ala Kak Ros


Cara Penyediaan Ikan Ampap

  1. Panaskan kuali atau periuk terlebih dahulu.
  2. Masukkan sedikit sahaja minyak masak dalam dua sudu makan.
  3. Kemudian, masukkan bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih halia dan serai. Tumis sekejap sahaja, jangan sampai bahan tumis jadi keperangan.
  4. Setelah itu, masukkan pula air 600ml atau mengikut keperluan masing-masing.
  5. Masukkan satu sudu kecil serbuk kunyit.
  6. Masukkan daun limau purut dan asam keping untuk penyedap rasa dan menaikkan lagi aroma masakkan ampap itu.
  7. Seterusnya masukkan ikan bawal.
  8. Kemudian masukkan satu sudu teh garam secukup rasa.
  9. Selepas garam, masukkan pula satu sudu teh Ajinomoto dan satu sudu teh serbuk lada putih.
  10. Setelah semua bahan-bahan dimasukkan, tunggu sehingga air mendidih dan ikan itu masak dengan sempurna.
  11. Akhir sekali, letak tiga biji cili merah untuk menaikkan seri ikan ampap tersebut.

Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga tersayang

Jom Baca : Resepi Ikan Sambal Hijau Sedap!


Catatan

Kalau mau lagi sedap biar ikan basung masak ampap ni Kasi biar bermalam 1 malam. Biar rempah masuk tul2 dalam ikan. Besoknya bolehlah goreng.

Terima kasih telah membaca Resepi yang kami bagi di web ini.

Harapan kami, Resepi Ikan masak ampap yang simpel di atas dapat membantu Kamu menyiapkan makanan yang menarik untuk keluarga/teman maupun menjadi inspirasi dalam Pemirsa yang berkeinginan untuk berjualan makanan.

Jangan lupa jika Resepi ini berfaedah, silahkan share ke kerabat lainnya. Terimakasih.

Originally posted 2022-08-24 01:47:21.

Tinggalkan komentar