Resepi Hummus Sedap & Simple, Wajib Cuba!

Hummus merupakan sejenis makanan yang berasal dari Timur Tengah yang lazimnya diperbuat dari kacang kuda dan bijan. Ia sedap dicicah dengan roti kering. 

Anda juga boleh menaburkan sedikit daun ketumbar sebelum makan. Untuk rasa lebih enak, ia juga boleh dinikmati dengan buah zaitun.

Bahan Hummus Resepi

  • 2 tin Kacang Kuda
  • 1 tsp Soda Bikarbonat
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/2 tsp Garam
  • 1/2 cup Tahini
  • 1/4 cup Lus Lemon
  • Minyak Zaitun
  • Serbuk Cumin

Cara Penyediaan Hummus Resepi

  1. Bilas kacang kuda dan rebus dengan soda bikarbonat sehingga lembut dan tertanggal kulitnya.
  2. Kisar bawang putih, garam dan jus lemon hingga hancur bawang putih. Biar 10 minit untuk kurangkan rasa menyengat bawang putih.
  3. Masukkan tahini dan beberapa sudu air sejuk. Kisar sampai gebu.
  4. Masukkan kacang kuda dan serbuk cumin. Kisar dalam 2 minit atau sehingga halus.
  5. Hidang dengan minyak zaitun. Sedia dimakan.

Selamat mencuba! Tapi ingat! Ambik gambar, share kat mana2

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-16 08:34:16.

Tinggalkan komentar