Resepi Gulai Sardin Simple dan Sangat Sedap

Nak cuba resepi masak gulai lemak ikan sardin tin? Salah satu resepi yang sangat simple dan pastinya enak.

Mungkin ada antara anda yang tak pernah mencubanya. Dan mungkin juga ada antara kita yang tak tahu ikan sardin tin ini boleh dimasak gulai.

Bukan guna ikannya sahaja, kuahnya juga digunakan untuk menggantikan rempah dalam gulai asli.

Ikan sardin tin akan dimasak dengan santan untuk menghasilkan masak gulai. Pekat likat hasilnya. Nak buat pedas pun boleh.

Untuk resepi masak gulai ikan sardin tin ini pula, anda boleh ikuti perkongsian resepinya dari Cik Puan Iela Raziela Rashed. 

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook buat semua pengguna media sosial.

Bahan Resepi Gulai Sardin Tin Simple

  • 1 Tin sardin (tgk la nak brand apa, saya suka makarel tu)
  • 3 Ulas bawang merah, 1 biji bawang besar- hiris
  • 2 Ulas bawang putih ,3 biji bwg putih- hiris
  • Sedikit halia – hiris
  • 2 Sudu besar serbuk kari (ikut suka nak rasa kari lebih atau kurang)
  • 4 Cili padi (yg optional, nak letak pun boleh, tak nak letak pun boleh)
  • 1 / 2 Tangkai daun kari
  • Garam & gula secukup rasa
  • Asam jawa sikit
  • Santan pek kecik (saya guna santan kotak yg kecik tu je, senang, cepat & mudah)
  • 1 / 2 biji Kentang – potong ikut suka
  • Cili hijau utk menambah rasa (tak nak pun takpe)

Cara Penyediaan Gulai Sardin Tin Simple

  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga kiri kanan nmpk rata bergoreng & angkat letak tepi dulu
  3. Panaskan minyak dalam kuali lain. Masukkan cili padi, semua bahan yg telah dihiris & daun kari, tumis sehingga nmpk garing dan wangi. Jgn sampai hangus plak daun kari tu.
  4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Goreng sehingga rempah garing dan wangi.
  5. Jika pakai kentang, setelah rempah tadi dah garing masukkan kentang dan masukkan sedikit air, letak air tu ngam2 sampai tenggelam kentang tu. Masak sampai dia empuk sikit, baru buat step no 5.
  6. Masukkan santan dan air secukupnya. Ikut sukatan anda. Jgn byk sgt plak ye, nnt lari plak rasanye.
  7. Akhir sekali masukkan ikan sardin tadi, asam jawa, garam & sedikit gula, dlm 1/2 sudu jer, jgn byk2 nnt manis tak sedap.
  8. Masukkan juga sedikit sos sardin, jika suka. Saya mmg masukkan semua, sbb sedap dan sayang kalau buang.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan

Selalunya kalau masak gulai sardin tin sedap. Tapi bila masak kari, rasanya sedap berganda. Mungkin disebabkan oleh aroma kari tu sendiri.

Resepi sardin tin simple ni sebenarnya antara menu sardin yang simple. Boleh bajet-bajet sendiri je bahannya bila dah selalu masak. Lepas ni bolehlah mencubanya.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Selamat Mencuba.

Originally posted 2022-09-22 04:41:27.

Tinggalkan komentar