Resepi German Cookies

Siapa pernah rasa biskut raya German Cookies ni?

Sekali pandang nampak ringkas je. Tapi apa yang istimewa dan uniknya German Cookies ni berbanding biskut raya yang lain adalah pada jenis tepung yang digunakan, iaitu tepung kentang (potato starch).

Cookies ni teksturnya boleh dikatakan ala-ala seangkatan dengan biskut suji atau makmur.

Ianya rangup di luar dan cair di mulut… Fuh, memang susah nak berhenti makan bila sekali dah menghadap biskut ni tau.

Cara nak buat pun senang sangat, bahannya pun mudah cari.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba resepi German Cookies sangat simple dan sedap yang dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis ini.

Bahan Resepi German Cookies

  • 125g tepung kentang
  • 80g tepung gandum atau tepung superfine
  • 125g mentega
  • 40g gula icing, ayak jika berketul

Cara Penyediaan Resepi German Cookies

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula icing sehingga kembang dan warna menjadi pucat.
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda suka.
  5. Rehatkan doh di dalam peti ais selama 1/2 jam supaya doh senang dibentuk.
  6. Bentukkan doh menjadi bebola bulat kecil anggran sebesar biji guli dan susun di dalam dulang. Tekan dengan garfu yang direndam di dalam air panas supaya tidak melekat.
  7. Bakar selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Catatan

  • Biskut tidak perlu dibakar sehingga bahagian bawahnya keperangan.
  • Biarkan biskut sejuk di atas dulang pembakar sebelum dipindahkan ke rak penyejuk biskut untuk mengelakkan bahagian bawahnya pecah kerana biskut ini sangat lembut jika masih panas.

Originally posted 2022-11-08 05:03:53.

Tinggalkan komentar