Resepi Donut Pandan Gebu & Lembut

Resepi donut pandan kali ni, apa yang penting dalam setiap pembuatan donut adalah tapak/base/doh, pastikan yis yang digunakan hidup.

Caranya rendam yis dalam air suam, Jika selepas 10 minit berbuih, itu tanda yis hidup dan boleh digunakan untuk dibuat donut

Untuk donut pandan resepi donut ni, topping dia terpulang nak guna apa.

Kalau saya, suka dengan gula je. Buat juadah petang bersama air kopi panas. Emm Sedap. Jom Mulakan!

Bahan Resepi Donut Pandan Gebu

Bahan A

  • 1 peket setengah yis mauripan
  • 2 cawan air suam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 penutup pes pandan

*Satukan semua bahan dan biar yis naik.

Bahan B

  • 1 kilo tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar majerin pelangi/ apa-apa je
  • Garam

Cara Penyediaan Donut Pandan

  1. Satukan semua bahan. Gulkan sehingga menjadi serbuk.
  2. Kemudian, masukkan air yis tadi.
  3. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Ketepikan
  4. Biarkan doh mengembang dan naik sekali ganda.
  5. Tumbukkan doh bagi doh turun. Kemudian, bentukkan doh menjadi bulat dan tekap bahagian tengahnya.
  6. Habis bulatkan, biarkan doh mengembang sekali lagi baru digoreng dengan api perlahan.
  7. Angkat, toskan dan boleh gulungkan dengan gula halus.

Selamat Mencuba!

Selain resepi donut pandan azlina ina, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Originally posted 2022-10-27 01:22:00.

Tinggalkan komentar