Resepi Donut Kentang Sedap & Simple

Kalau orang yang minat donut, mesti mereka sukakan donut yang gebu dan tidak serap minyak yang berlebihan.

Korang pernah cuba donut kentang tak? Donut ini pernah popular satu masa dahulu dan tak dinafikan, sampai sekarang menu ini masih menjadi kesukaan ramai.

Jadi korang boleh lah cuba buat sendiri di rumah dan jadikan hidangan untuk minum petang. Anak-anak mesti suka! Jom cuba resepi donut gebu simple ni.

Bahan Resepi Donut Kentang

Bahan A

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

*campurkan semua bahan ni dan biarkan kembang (berbuih)

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum (1/2 kg tepung)
  • satu biji kentang saiz sederhana (direbus dan dilenyek)
  • 2 sudu makan marjerin/ butter
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

Cara Penyediaan Resepi Donut Kentang

  1. Ramaskan bahan-bahan B hingga jadi macam serbuk roti.
  2. Kemudian campurkan Bahan A tadi dan gaul rata.
  3. Uli doh sehingga tepung tidak melekat di jari.
  4. Biarkan selama 30 hingga 40 minit. Pastikan bekas ditutup.
  5. Bila doh sudah mengembang, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan buat saiz bulat-bulat.
  6. Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng
  7. Gunakan api kecil dengan minyak banyak supaya isi donut masak dan lebih gebu.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-28 01:35:00.

Tinggalkan komentar