Resepi Donut Big Apple Sedap & Simple

Selepas ini, anda tak perlu mengeluh lagi untuk mengeluarkan duit poket dengan memenuhi keinginan anak-anak dan keluarga, Cuma guna resepi yang saya kongsikan dibawah ini.

Biasalah donatkan memanglah menjadi kegemaran ramai, tambah-tambah lagi kalau ada topping bagai.

Fuh memang power la tu! Tidak kisah dari golongan muda atau yang sudah berusia, semuanya sukakan donat.

Bahan Resepi Donut Big Apple

  • 1/2 cawan air suam,
  • 2 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 1 paket mauripan,
  • Secubit garam,
  • 1/2 kg tepung gandum/high protein/superfine,
  • 2 sudu besar butter,
  • 1 sudu besar ovallate,
  • 2 sudu besar susu tepung,
  • 1/2 sudu kecil baking powder,

Cara Penyediaan Donut Big Apple

  1. Untuk membuat doh, mula-mula campurkan air suam, gula, susu pekat, mauripan dan secubit garam.
  2. Doh dikacau sebati dan diperap selama 10 minit sehingga berbuih.
  3. Dalam bekas lain, sebatikan tepung gandum dengan butter, ovallate, susu tepung dan baking powder.
  4. Kemudian campurkan bahan air tadi ke dalam tepung dan uli sehingga jadi doh. Uli sekejap saja yang penting bahan sebati.
  5. Lalu tutup dengan kain basah hingga 30 minit. Tutup sehingga doh naik.
  6. Jika doh sudah naik, boleh dibentuk.
  7. Tunggu naik dulu baru goreng dengan api sederhana. Yang penting minyak kena panas betul. Siap.

Selain resepi donut ala big apple, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Originally posted 2022-10-25 01:49:00.

Tinggalkan komentar