Resepi Crepe Durian Sukatan Cawan Sedap

Sedapnya kalau dapat makan durian crepe. Lagi-lagi kalau inti dalam tu banyak, memang puas hati makan!

Rupanya, tak susah mana kalau anda nak cuba buat sendiri. Kalau beli, boleh tahan juga harganya.

Durian Crepe pemanis mulut yang enak di makan ketika sejuk. Lebih puas hati dapat buat sendiri dan boleh isi filling mengikut kuantiti yang kita suka.

Resepi yang dikongsikan oleh ‎azlina ina di laman Facebook ini sangat mudah untuk dicuba

Bahan Resepi Crepe Durian Mudah

  • 1 Sudu besar tepung gandum
  • 1 Sudu besar tepung jagung
  • 1 Sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 Sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 Sudu besar tepung kastard
  • Sedikit garam
  • 2 Sudu besar gula icing
  • 2 Biji telur saiz A
  • 1 Sudu besar minyak masak
  • 1/2 Cawan air
  • 1/2 Cawan susu cair
  • Sedikit esen vanila
  • Beberapa titik pewarna kuning
  • Isi durian yang dihancurkan
  • 500 gm whipping cream
  • 2 Sudu besar gula icing

Cara Penyediaan Durian Crepe Resepi

Cara penyediaan Durian Crepe ini dibezakan menjadi 2, mula mula kita buat Kulit Crepe dulu, lanjut buat inti durian dan whip cream, paham ye ? Jom mulakan!

Cara Membuat Kulit Crepe

  1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas.
  2. Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air, susu segar serta pewarna kuning. Blenderkan. Kemudian tapis.
  3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17 cm diameter tapak) api sederhana. Sapu kuali dengan sedikit minyak. (Oles guna tisu).
  4. Apabila kuali dah panas, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam kuali.
  5. Lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis. Pastikan crepe tadi memenuhi permukaan kuali.
  6.  Letak kembali kuali di atas dapur untuk seketika dan kemudian angkat.
  7. Jangan lama sebab nanti crepe akan hangit. Crepe ini tidak perlu diterbalikkan kerana ia nipis dan mudah masak.
  8. Ulangi langkah sehingga habis. Boleh ditindih bertindan sebab tidak melekat.

Cara Membuat Inti Durian dan Whipp Cream

  1. Dalam bekas lain, masukkan isi durian dihancurkan. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya tidak cair.
  2. Untuk whipp cream pula, dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500 gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing.
  3. Kemudian pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tidak cair.
  4. Seterusnya, paipkan whipp cream, isi durian ditengah dan paipkan lagi whipp cream.
  5. Balut. Ulangi langkah untuk crepe yang berikutnya.
  6. Sejukkan sebelum dinikmati.

Selain resepi durian crepe, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Originally posted 2022-09-13 02:58:22.

Tinggalkan komentar