Resepi Cornflakes Salted Egg Rangup dan Sedap

Setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri, pelbagai jenis kuih muih boleh didapati dan antara kuih kegemaran orang ramai ialah kuih cornflakes madu.

Setiap kali musim perayaan, kuih cornflakes madu mendapat permintaan yang tinggi.

Namun, apa kata korang tukar selera tahun ini dengan mencuba salted egg cornflakes crunchy.

Resepi ini dikongsikan oleh Normaidani Malek melalui akaun Facebooknya dan mendapat lebih 3 ribu perkongsian.

Bahan Resepi Salted Egg Cornflakes

  • 1 kg cornflakes
  • 10 Tangkai cili kering dipotong kecil-kecil
  • Butter cup 250 gram
  • Salted egg powder 100 gram
  • Daun kari ikut suka ingin letak sebanyak mana
  • 5 Sudu gula castor

Cara Penyediaan Salted Egg Cornflakes Resepi

  1. Guna kuali besar biar senang gaul. Cairkan butter dan masukan cili kering, daun kari, dan serbuk salted egg.
  2. Goreng sampai berbuih halus baru masukan cornflakes dan gula castor.
  3. Gaul sebati (cepat-cepat jangan lalai main fon pula masa ini nanti salted egg berketul). Jika sudah sebati baru tutup api.
  4. Kemudian masukkan dalam tray, alas kertas minyak dulu ratakan dan bakar dalam oven selama 10 minit suhu 150°C api atas bawah.
  5. Ok siap.

Selain salted egg cornflakes, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan.

Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-26 03:01:19.

Tinggalkan komentar