Resepi Cornflakes Pedas Mudah & Sedap, Wajib Cuba!

Sebut je cornflakes pasti akan terbayang ia sesuai untuk dinikmati bersama susu atau makan dengan madu.

Kali ni ada kelainan sikit kerana anda boleh buat cornflakes pedas yang ranggup.

Hanya masak dulu sambal manisnya biar betul-betul pekat barulah digaul. Boleh dijadikan kudapan anak-anak yang suka mengunyah.

Resipi yang dikongsikan oleh Umie Nurhayati ini boleh anda cuba dan betul-betul kena selera kerana cukup rasa manis, pedas dan ranggup.

Ada yang suka makan cornflakes pedas tak? Kalau yang belum pernah makan tu boleh try resepi ni, sedap!

Bahan Cornflakes Pedas Sedap

  • Tempe – hiris nipis dan goreng garing
  • Kacang tanah – goreng hingga masak
  • Cornflakes secukupnya – perisa asli

Bahan Sambal Sira

  • 2 senduk cili kering – yang telah direbus dan dikisar lumat
  • 3-4 ulas bawang putih – tumbuk atau sagat
  • 2 ulas bawang merah – ditumbuk atau sagat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air asam jawa secukupnya – boleh guna pes asam jawa
  • Kicap manis dan kicap masin secukupnya – untuk tambah perisa dan cantikkn lagi warna sambal
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan Cornflakes Pedas Mudah

  1. Panaskan minyak dan masukkan cili kering,bawangputih, bawang merah dan tumis hingga garing cilinya.
  2. Tambahkan air asam jawa,kicap,garam serta gula dengan secukup rasa. Pastikan sambal sedikit manis.
  3. Seterusnya masukkan cornflakes, tempedan kacang yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
  4. Sediakan loyang dan sapukan sedikit marjerin.Tuang bahan-bahansira tadi dan ratakan.
  5. Bakar pada suhu 180C sehingga cornflakes garing dan rangup. Masanya antara 20-30 minit.Semasa dibakar, balik-balikkan agar semua bahan masak sekata.
  6. Setelah masak, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Simple dan mudah je kan?

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Selamat mencuba. Moga perkongsian ini menjadi asbab kebaikan untuk kita bersama.

Originally posted 2022-09-27 05:47:32.

Tinggalkan komentar