Resepi Cornflakes Oreo Sedap & Simple

Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi cornflakes madu boleh lihat di sini.

Namun kali ini, untuk kelainan saya campurkan Golden OREO Cookies untuk menambahkan kesedapannya.

Korang boleh juga gunakan Original OREO Cookies atau boleh campurkan kedua-duanya sekali dengan cornflakes.

Penyediaan cornflakes madu Oreo ni sangat mudah dan bahan-bahannya juga tidak banyak.

Gabungan dari Golden OREO Cookies, cornflakes dan madu memang sangat sesuai dan menjadikan rasanya lebih lazat.

Bahan Oreo Cornflakes Cookies Resepi

  • 85g biskut Golden Oreo atau Original Oreo (anggaran 9 keping)
  • 1/8 cawan mentega
  • 1/8 cawan madu
  • 2 ½ cawan kepingan jagung (cornflakes)
  • 50g kurma tiada biji
  • 20g biskut Original Oreo
  • bijian manik taburan, secukupnya

Cara Penyediaan Oreo Crunchy Cornflakes

  1. Patahkan biskut Golden Oreo atau Original Oreo dan masukkan kedalam food processor untuk dikisar.
  2. Kisar sehingga menjadi serbuk-serbuk kasar seperti bread crumbs.
  3. Patahkan biskut Original Oreo menjadi ketulan kecil untuk hiasan.
  4. Cairkan butter bersama madu.
  5. Ramas cornflake supaya hancur sikit.
  6. Ambil kurma dan potong kecil.
  7. Masukkan serbuk biskut Golden Oreo, butter dan madu cair.
  8. Kacau sebati.
  9. Masukkan hirisan kurma.
  10. Gaul sekali lagi.
  11. Sudukan masukkan kedalam cawan kertas.
  12. Hias dengan biskut Oreo dan sprinkles.
  13. Masukkan kedalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 150 degree Celsius selama 10-15 minit.

Catatan

  • Ramas sedikit cornflake supaya senang nak masukkan dalam cawan kertas.
  • Jangan masukkan penuh sangat cornflake dalam paper cup sebab nanti kita akan masukkan hiasan Oreo.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-27 03:28:00.

Tinggalkan komentar