Resepi Cornflakes Milo Mudah & Sedap

Raya tahun ini nampaknya kembali meriah dari yang sebelumnya. Orang ramai berlumba-lumba untuk melakukan persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Oleh itu, pelbagai persiapan telah dilakukan oleh para ibu untuk meraikannya.

Selain membeli baju raya yang serba baharu, ibu-ibu juga sedang sibuk membelek pelbagai resepi baharu untuk dicuba.

Bahan Cornflakes Milo Resepi

  • 100 Gram Mentega
  • 100 Gram Cornflakes (emping jagung)
  • 100 Gram Serbuk Milo
  • 4 Sudu Makan Golden Syrup

Cara Penyediaan Cornflakes Milo Resepi

  1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas.
  2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar.
  3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati).
  4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati).
  5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
  6. Bulatkan lah semasa masih panas.
  7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap).

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-25 02:34:00.

Tinggalkan komentar