Resepi Cornflakes Madu Tanpa Oven Sedap Sangat!

Bagaimana agaknya jika terasa teringin membuat biskut tetapi di rumah tidak mempunyai oven?

Mungkin ramai antara kita merasakan setiap biskut perlu dibakar barulah dimasak sempurna dan ranggup dimakan.

Namun usah khuatir sekiranya anda tetap ingin membuat biskut raya pada tahun ini walau tiada oven di rumah.

Sebenarnya anda  bolehlah sediakan resipi biskut yang dikongsikan oleh Rofida Ahmad ini.

Hari ini saya nk kongsikan resepi biskut cornflakes madu tanpa oven tau.

Bahan Cornflakes Madu Tanpa Oven

  • Cornflakes 1 kotak besar (Nestle)
  • 5 sudu besar madu
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 250g buttercup
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Papercup secukupnya.

Cara Penyediaan Cornflakes Madu Tanpa Oven

  1. Mula-mula sediakan kuali sederhana besar, buka api perlahan sahaja.
  2. Masukkan buttercup dan terus masuk semua bahan di atas, kecuali cornflakes. (Jangan tunggu buttercup cair baru nak masuk semua bahan tau, nanti tak menjadi)
  3. Kacau sampai sebati.
  4. Sudah mendidih tutup api dan biarkan sejuk atau agak-agak suam. (Jangan risau adunan tidak akan pekat.)
  5. Nanti bila adunan tadi dah sejuk, masukkan sekotak nestle cornflakes ke dalam. (api jgn buka)
  6. Bila dah kacau rata, isilah ke dalam papercup,atur dalam talam kecil.
  7. Bila dah siap masuk papercup, masukkan ke dalam peti sejuk dalam 10 minit.
  8. Siap dan dah boleh dihidangkan.

Mudah kan?

Kalau ikut betul-betul resepi ni biskut anda akan ranggup dan tak lemau.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. 

Selamat mencuba semua.

Originally posted 2022-09-27 01:04:28.

Tinggalkan komentar