Resepi Cornflakes Coklat Rangup & Sedap

Siapa je yang tak suka kuih atau biskut corn flakes coklat ni. Tak kira kanak-kanak atau dewasa.

Kalau beli, sehari je boleh habis sebalang. Lebih baik buat sendiri sampai 2, 3 balang. Boleh makan berulang-ulang kali kan. Resepi corn flakes coklat rangup ni senang je nak buat.

Hanya gunakan 3 bahan je! Iaitu corn flakes, butter dan coklat compound. Memang simple. Tapi yang pentingnya kena pandai pilih coklat yang sedap.

Dan cairkannya pun dengan cara yang betul. Kalau salah pilih coklat, takut nanti pahit atau kurang enak rasa coklatnya.

Resepi cornflakes chocolate rangup ni ada dikongsikan oleh azlina ina. Memang dulu laku keras corn flakes coklat beliau yang dibuat berniaga.

Nak jadikan manisan atau kudapan waktu santai anak-anak pun boleh juga. Dengan biskutnya yang rangup dan rasa coklat yang sedap, pasti anak-anak suka!

Bahan Resepi Cornflake Coklat

  • 250gm buttercup atau planta
  • 1 Cawan gula aising
  • 1 Sudu teh esen vanilla
  • 3/4 Cawan tepung jagung
  • 2 Cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya – anggaran 3 cawan, ramas sedikit
  • Cip coklat secukupnya
  • Chocolate rice – optional
  • Badam cincang – optional

Cara Penyediaan Cornflakes Coklat Resepi

  1. Kacau sebati mentega, gula aising dan esen vanilla mengguna senduk sahaja. Jangan pukul sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tepung tidak perlu diayak. Kacau sebati. Tekstur adunan memang lembik.
  3. Masukkan cornflakes, cip chocolate dan badam. Gaul sebati.
  4. Sudukan adunan ke atas loyang yang sudah disapu mentega/ marjerin. Nak cubit-cubit doh guna jari atau golek doh dalam baki emping jagung pun boleh. Terpulang cita rasa masing-masing.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5-10 minit. Kemudian bolehlah bakar biskut pada suhu 160C selama 20 minit menggunakan api atas bawah atau mengikut ketuhar masing-masing.
  6. Bila sudah masak, sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Catatan

  • Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips yang baru keluar dari ovenbiskut memang lembut. Ia akan beransur keras bila sejuk.

Kalau dah habis tu, boleh repeat buat corn flakes coklat rangup ni lagi anytime je. Sebab senang dan jimat lagi dari beli. Jangan lupa mencubanya!

Ingin mencuba lagi resepi biskut cornflakes coklat chip lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-25 02:46:00.

Tinggalkan komentar