Resepi Corn Dog Mozarella Mudah & Sedap Sangat

Ingat tak corndog ni? Antara makanan street food yang selalu sangat viral kalau orang cerita pasal makanan kudapan.

Paling orang Malaysia suka sangat usha kalau nampak dijual kat stall tepi jalan, atau dalam mall.

Kali ni saya nak kongsikan resepi corn dog cheese mozzarella paling simple dan sedap, sesuai nak buat makan santai anak-anak waktu petang.

Senang je penyediannya. Bahan semua simple. Kalau anda nak letakkan cheese pun lagi best.

Perkongsian ni dari Nur Sharifah Salleh. Mak-mak yang tak tau nak masak apa untuk anak-anak tu bolehlah buat resepi ni.

Yelah, duduk rumah tu memang anak-anak ni selalu sangat lapar dan minta makan kan. Buat je resepi corndog simple ni sebab sekejap je dah siap.

Bahan Resepi Corn Dog Mudah

  • Air secukupnya ,untuk rebus hotdog
  • 6-7 Batang hotdog / Sosej / Beef
  • 2 ½ Cawan tepung gandum
  • 1 Sudu besar gula
  • 2 Sudu kecil baking powder
  • Susu full cream, anggaran 2 cawan
  • 1 Biji telur
  • 1 Sudu besar serbuk cheese parmesan, optional
  • 1 Sudu kecil garam
  • Serbuk breadcrumb, anggaran 1 1/2 cawan
  • Cornflakes, anggaran 1 cawan
  • 250g Cheese mozzarella blok
  • Lidi satay
  • Sedikit tepung gandum
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara Penyediaan Corn Dog Mozarella

  1. Panaskan air. Rebus hotdog dalam air mendidih selama 2-3 minit. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan tepung gandum, gula dan baking powder ke dalam mangkuk.
  3. Tuang sedikit susu full cream dan telur. Kacau supaya agak sekata.
  4. Tambah susu full cream sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg sesusai.
  5. Masukkan serbuk cheese parmesan dan garam, kacau sebati. Rehat adunan dalam peti ais selama 10 minit.
  6. Ramas cornflakes sehingga menjadi serbuk kasar. Gaulkan dengan serbuk bread crumbs. Ketepikan.
  7. Potong ketulan cheese mozzarella kepada kiub kecil anggaran panjang dan lebar 2cmx2cm.
  8. Potong sosej kepada 2 atau 4 bahagian (ikut suka anda).
  9. Ambil lidi satay, cucuk sosej dan selang seli dengan cheese mozzarella. Ulang sampai habis.
  10. Tabur atau golek-golekkan atas tepung gandum
  11. Tuang adunan yang direhatkan tadi ke dalam cawan yang tinggi sehingga hampir penuh.
  12. Celup lidi corn dog ke dalam cawan adunan, angkat dan salut dengan serbuk cornflakes dan bread crumbs. Tekan-tekan sikit dgn tangan supaya kemas.
  13. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan atas kertas tisu.
  14. Boleh hias dengan mayonis dan sos cili.

Catatan

  • Adunan tepung jangan cair sangat kerana nanti salutan akan jadi terlalu nipis.
  • Tujuan kita salut sengan tepung gandum dulu sebelum celup tepung ialah supaya tepung melekat dengan baik.
  • Kalau tak ada cornflakes, boleh saja disalut dengan serbuk bread crumbs.
  • Api jangan kuat sangat masa menggoreng kerana nanti perang kat luar tapi dalam tak panas, bila tak panas cheese tak akan jadi bertali.

Itulah dia resepi corn dog cheese tarik secara home made yang boleh di cuba oleh sesiapa saja.

Bagiku, corndog resepi keju ini taklah sesusah mana dan bahan yang perlu disediakan pula tidaklah terlalu leceh.

Lepas ni bolehlah makan corndog cheese mozarella viral ni dengan famili. Lagi best bila makan keju yang di tarik tu susah nak putus! Hehe.

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak pada puan empunya resepi corn dog viral yang mudah dan nampak sedap ini.

Alhamdulillah sekarang dah tahu bagaimana untuk buat corndog step by step dan tak sabar rasanya untuk cuba buat sendiri di rumah nanti.

Mesti anak-anak ikut terkejut bila melihat mama mereka dah pandai masak corndog sendiri di rumah.

Originally posted 2022-09-03 05:32:54.

Tinggalkan komentar