Resepi Congo Bars Sukatan Cawan Sedap & Simple

Jom buat Congo Bars untuk minum petang nanti. Makan panas-panas memang sedap dan padu sebab coklat masih panas dan meleleh-leleh.

Ikuti resepi lengkap perkongsian oleh Shinnaz Eat Dessert First di bawah.

Menurutnya, congo bar resepi ini merupakan hasil jualannya yang paling laku keras direbut pelanggan! Semoga bermanfaat.

Bahan Resepi Congo Bars Sedap

  • 1 Cawan ( 3/4 ketul ) butter
  • 1 3/4 Cawan gula perang lembut
  • Esen vanilla
  • 3 Biji telur
  • 3 1/2 Cawan self-rising flour
  • 1 Cawan chocolate chip
  • 1 Cawan mix nuts

Cara Penyediaan Congo Bars Resepi

  1. Mix butter,gula perang & esen (guna senduk)
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Mix rata2
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan chocolate chips, kacau sebati
  5. Adunan mmg agak pekat ye
  6. Gunakan loyang 9 x 9 & alas baking paper.
  7. Masukkan adunan dan ratakan.
  8. Dah rata, taburkan mix nuts
  9. Panaskan oven5 minit 170 °
  10. Api atas bawah. Bakar selama 40 minit atau sampai keperangan.
  11. Dah siap

Catatan

  • Lagi besar loyang lagi bagus untuk dapatkan congo bars yang nipis.
  • Boleh tambah kekacang ke dalam adunan dan sebagai hiasan.
  • Jika guna tepung gandum, tambahkan 2 sudu kecil baking powder.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-24 08:25:06.

Tinggalkan komentar