Resepi Coleslaw Mudah dan Sedap ala KFC

Coleslaw antara sajian sampingan yang sangat enak dimakan bersama Ayam Goreng dan juga kentang putar.

Sayur kubis dan juga lobak merah yang dicincang halus dan kemudiannya digaul bersama mayones ini akan rasa lebih enak jika dimakan sejuk.

Anda peminat Coleslaw? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mamapapa Rea ni. Persis sajian yang anda beli di restoran KFC. Cubalah. Pasti puas hati.

Bahan Resepi Coleslaw KFC

  • 1/4 Bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar
  • 4-5 Sudu besar mayonis
  • 2 Sudu besar jus lemon
  • 1 Batang lobak merah, parut kasar
  • 1/4 Cawan susu
  • 1 Sudu besar gula putih
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan Coleslaw Resepi

  1. Di dalam mangkuk, campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula dan susu. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan kobis yang dicincang kasar dan juga parutan karot. Taburkan serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga semua bahan sekata. Jika coleslaw masih kering tambahkan sedikit mayonis. Tetapi jangan terlalu banyak kerana nanti coleslaw bila direhatkan akan mengeluarkan sedikit air dari sayuran.
  3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang.

Mudah sangat kan resepi coleslaw marrybrown ni? Dah macam makan di restoran pula walaupun cuma tambah coleslaw di tepi. Rugi kalau tak buat sendiri tau.

Cukup menyelerakan, bahannya senang nak dapat, jimat pun jimat.

Selamat mencuba.

Originally posted 2022-09-08 23:56:23.

Tinggalkan komentar