Resepi Coklat Moist Sedap & Simple

Bila sebut kek coklat, pasti terbayang rasanya yang manis. Ditambah pula dengan topping coklat, menambahkan lagi kemanisan yang sedia ada.

Bagi anda yang nak cuba buat kek coklat mpoist yang kurang manis, resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni boleh anda cuba. Sangat mudah! Anak-anak pasti suka.

Bahan Resepi Coklat Moist

  • 1 Cawan serbuk coklat
  • 1 Cawan gula perang
  • 1 Cawan susu coklat dutch lady
  • 1 Cawan minyak masak
  • 1/2 Cawan susu pekat manis
  • 1 1/2 Cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
  • 3 Biji telur

Cara Penyediaan Coklat Moist

Cara penyediaan resepi coklat moist kukus ini dibezakan menjadi 2, mula mula kita buat kek dulu, lanjut buat topping, paham ye ? Jom mulakan!

Cara Buat Kek Coklat Moist

  1. Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik dan.asingkan
  2. Masukkan serbuk coklat, gula perang, susu coklat, minyak dan susu ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut. tutup api.
  3. Pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan no.2 di atas.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan td…kacau sebati..
  5. Lumurkan marjerin pada loyang…masukkan adunan yang telah sebati..kukus selama 1 jam atau sehingga masak..
  6. Anggaran dalam satu jam, cucuk dengan garfu…kalau licin maknanya kek dah masak

Cara Buat Toping Coklat Moist

  1. Cairkan 2 sudu marjerin..
  2. Casukkan 1 sudu serbuk coklat dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing

Catatan

  • Untuk hasil yang terbaik, lepas kek dah siap dikukus keluarkan sekejap, terus letak topping dan taburkan coklat rice biarkan semalaman

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-05 23:51:20.

Tinggalkan komentar