Resepi Churros Sedap dan Sos Coklat

Churros adalah salah satu snek yang berasal daripada Spain dan Portugal. Rasanya rangup dan kosong didalam, amat enak untuk dimakan bersama dengan sos strawberi ataupun coklat.

Churros kini menjadi amat popular di sekitar Malaysia, dan boleh didapati di gerai – gerai.

Namun kini, anda boleh mencuba sendiri untuk membuat churros kerana cara pembuatannya agak mudah dan bahan – bahannya juga senang untuk didapati.

Bolehlah anda hidangkan ini semasa minum petang ataupun kepada tetamu anda. Pasti sahaja mereka terpegun kerana hidangan yang anda hidangkan unik dan sedap.

Tahukah anda, resepi churros yang kami bawakan kali ini telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Resepi ini telah dikongsikan oleh azie kitchen. Tanpa membuang masa, jom kita tengok!

Bahan Resepi Churros Mudah

Bahan Untuk Churros Resepi

  • 1 Cawan / 250ml air
  • 1 Sudu besar / 13g gula kastor
  • 1/4 Sudu kecil garam (kalau guna mentega tak bergaram)
  • 1/4 Cawan / 56g mentega
  • 1 Cawan / 125g tepung gandum
  • 2 Biji telur
  • 1 Sudu kecil esen vanilla
  • Minyak masak, untuk menggoreng

Bahan Untuk Sos Coklat

  • 1 cawan /125g dark chocolate (coklat masakan, yg bar pun ok)
  • 1/2 cawan /125ml susu full cream
  • 2 sudu besar /28g mentega (kalau guna mentega tak bergaram)

Cara Penyediaan Churros Sukatan Sawan

Cara penyediaan Churros ini dibezakan menjadi 2, mula mula kita buat Churros dulu, lanjut buat sos coklat, paham ye ? Jom mulakan!

Cara Masak Churros

  1. Masukkan air, gula kastor, garam (kalau guna unsalted butter) dan mentega kedalam periuk dan panaskan sampai mendidih.
  2. Tutup api dan masukkan tepung gandum.
  3. Masak tepung sampai bergumpal keras dan lincin baru doh tak lembik (kacau tepung anggaran 10-15 minit).
  4. Sejukkan 5-10 minit.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan tepung tadi, jangan masuk semua telur sekali, kalau masuk sebiji dah lembik, tak perlu lagi masuk telur yang ke 2.
  6. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi sehingga sekata.
  7. Sediakan piping bag, gunting dihujuk plastik dan masukkan nozzle.
  8. Masukkan adunan dalam piping bag.
  9. Panaskan minyak dan pipe doh tadi mengikut size dan panjang yang anda suka.
  10. Angkat bila keperangan.
  11. Gaul gula kastor dan sedikit serbuk kayu manis.

Cara Masak Sos Coklat

  1. Cairkan coklat gelap, susu full cream dan mentega.
  2. Kacau sampai larut.
  3. Masukkan secubit garam (kalau guna butter tak bergaram).

Catatan

  • Kalau takde butter, boleh ganti planta/majerin.
  • Coklat yg digunakan ialah coklat masakan, bentuk bar atau coin tak kisah.
  • Kalau takde gula kastor, blend je gula biasa bagi halus.

Selain daripada resepi churros sukatan cawan ini, terdapat beberapa lagi resepi yang pastinya anda boleh cuba.

Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan dan kenalan anda!

Originally posted 2022-09-15 22:38:28.

Tinggalkan komentar