Resepi Char Kuey Teow Sedap

Kali ni kami nak share cara masak Char Kuey Teow versi berkuah/basah macam yang biasa dimasak kat gerai-gerai Melayu di Penang. Cara ni memang berbeza dgn Char Kuey Tieow asal Chinese style

Bahan masakan dalam kedua hidangan ini boleh dipelbagaikan contohnya menggunakan udang, kerang, ayam atau masak bersama fish cake sahaja.

Tapi bila dicampur dengan taugeh makin sedaplah menu char kuey teow kita tu.

Sebenarnya tak susah pun nak buat char kuey teow homemade di rumah. Nak-nak kalau kita simpan pesnya sikit.

Bila nak masak, boleh terus guna. Senangnya hidup!

Jom tengok resepi char kuey teow yang dikongsikan oleh Fatin Nur Izzah ni. Langkahnya mudah tapi nampak sedap dan sangat menyelerakan.

Bahan Resepi Char Kuey Teow Simple

Bahan Kisar Halus Untuk Char Kuey Tiaw

  • 6 ulas bawang putih
  • 3-4 biji bawang merah
  • sedikit air

Bahan Kisar Air Rebusan Untuk Char Kuey Teow

  • kulit udang (dari 10-15 ekor udang)
  • anggaran 3 cawan air

Bahan Untuk Sos Char Kuey Teow

  • Sedikit minyak utk menumis
  • Bahan Kisar Halus
  • 2 senduk cili kisar
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 6 sudu besar kicap cair
  • 4 susu besar sos tiram
  • Bahan Kisar Air Rebusan tu
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan kalau takde)
  • garam (secukup rasa)
  • gula (secukup rasa)

Bahan Untuk Char Kuey Teow

  • sedikit minyak
  • 1 pek kuey teow (jenis halus)
  • 1 ikat kuchai
  • 1 mangkuk taugeh
  • telur

Suka makan Kuey Teow ?, anda juga boleh cuba Resepi Char Kuey Teow Sedap dan Resepi Kuey Teow Kungfu Simple & Sedap!


Cara Penyediaan Char Kuey Teow

Cara penyediaan Char Kuey Teow ni kite bagi 2 tahap, yg pertama tahap nak buat sos char kuey teow, yg kedua tahap nak cara untuk menggoreng char kuey teow, jom lihat.

Resepi Sos Char Kuey Teow

  1. Buang kepala udang, dan rebus 10 minit.
  2. Tuang dalam blander dan kisar halus kulit udang.
  3. Kemudian tapis airnya, hampas kulit udang boleh buang.
  4. Cincang kasar bawang merah dan bawang putih.
  5. Masukkan dalam blander, tambah sedikit air dan kisar halus.
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus.
  7. Masukkan cili kisar.
  8. Masak hingga pecah minyak.
  9. Tambah kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato (boleh ganti asam keping atau cuka) dan semua air rebusan udang tadi.
  10. Tambah kiub ikan bilis.
  11. Tambahkan petis (boleh ganti dgn sedikit belacan).
  12. Masak sampai mendidih.
  13. Tambah garam dan gula secukup rasa

Cara Nak Goreng Char Kuey Teow

  1. Bilas kuey teow dengan air dan tapis.
  2. Bersihkan kuchai dan hiris memanjang.
  3. Panaskan minyak.
  4. Masukkan udang dan kacau sampai kulit udang bertukar merah.
  5. Masukkan dua senduk sos char kuey teow.
  6. Tambah 4-5 senduk air.
  7. Kuey teow sejemput.
  8. Masukkan taugeh dan kuchai.
  9. Last sekali telur.

Catatan

  • Char kuey teow perlu masak asing-asing untuk sorang makan baru sedap.
  • Tambah lebih air atau sos char kuey teow kalau nak lebih kuah.
  • Kalau nak tahan lama, boleh simpan dalam freezer.

Jadi lepas ni tak payah nak beli kat luar lagi. Sedap dan mudah buat sendiri. Bahannya pun boleh bubuh ikut suka kita. Lagi meriah dan berbaloi.

Selain char kuey teow resepi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami

Originally posted 2022-08-01 23:35:00.

Tinggalkan komentar