[Simple] Resepi Caesar Salad Sedap & Mudah, Jom Cuba!

Tahu tak Romaine Lettuce sebenarnya mengandungi banyak mineral terbaik untuk keperluan tubuh manusia.

Ini termasuklah Vitamin C, Vitamin K yang mampu mencairkan kolesterol agar ia tidak melekat terus pada pembuluh darah jantung.

Romaine Lettuce juga baik buat mereka yang sedang berdiet kerana membuat perut lekas kenyang -disebabkan kandungan air tinggi terdapat dalam serat daun-daunnya. 

Untuk itu, penulis ingin berkongsi satu resepi mudah, yang pastinya ringkas dan sedap untuk kamu cuba sendiri. Jom belajar!

Bahan Caesar Salad

  • 4-5 Keping roti untuk croutons
  • 2 Sudu butter
  • 2 Sudu parsley yg telah dicincang halus (atau guna yg kering)
  • 1 Sudu teh garlic powder
  • 2-3 Keping anchovies di hancurkan (jeruk ikan yg dlm botol tu)
  • 1 Ulas bawang putih disagat halus
  • 1/2 Cawan serbuk parmesan cheese
  • 3/4 Cawan minyak zaitun
  • 1 Biji lemon diambil jus
  • Garam dan pepper secukup rasa
  • Romaine lettuce sebungkal dicarik-carikkan

Cara Penyediaan Caesar Salad

  1. Untuk buat croutons, campurkan butter,garlic powder, dan parsley. Kacau sebati. Sapu dekat roti dan bakar dalam oven sampai garing. Lebih kurang 5-6 minit. Sejukkan dan setelah sejuk, di potong bentuk dadu.
  2. Untuk salad dressing, dalam mangkuk, campurkan anchovies,bawang putih, minyak zaitun, lemon jus, dan parmesan cheese dan kacau sebati. Perisakan dengan garam dan pepper secukupnya.
  3. Toskan lettuce dengan salad dressing sejurus sebelum dihidangkan. Dan taburkan croutons diatasnya.
  4. Dah Siap!

Selain resepi caesar salad, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-04 01:02:00.

Tinggalkan komentar