Resepi Bubur Pulut Hitam Sedap & Simple

Eh tetiba lapar pulak. Menonton tv sambil menghirup dan mengunyah bubur best nih.

Apakata kita masak bubur pulut hitam. Tapi pulut tu rebus betul betul ya, biar sedap mengunyahnya.

Bubur ni kalau disejuk bekukan boleh menjadi ais krim pulak, ermmm yummy.

Bahan Resepi Bubur Pulut Hitam

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair, nak santan kotak pun boleh)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan Bubur Pulut Hitam Resepi

Cara Buat tuk Bubur Pulut Hitam

  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.

Cara Buat tuk Kuah Santan Bubur

  1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Catatan

  • Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

Nak resepi lain ? Tengok senarai resepi dibawah ini.

Selamat mencuba!

Originally posted 2022-10-16 13:13:00.

Tinggalkan komentar