[Simple] Resepi Bubur Merah Putih Sedap

Petang-petang begini, memang sedap kalau dapat menikmati manisan tradisional. Tidak sukar dihasilkan malah tidak menggunakan banyak bahan.

Saudari Ani Zam berkongsi cara-cara menghasilkan Bubur Merah Putih yang dimasak sempena ulangtahun kelahiran ibundanya.

Nampak sangat sedap kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Resepi Bubur Putih Bubur Merah

  • 300 gm beras pulut-di cuci bersih
  • 4 ketul gula melaka-di masak dgn 1 mangkuk air n di tapis
  • 200 ml-1 kotak kecil santan
  • 2 sudu mkn gula pasir-optional
  • 1 sudu teh garam
  • 4-5 helai daun pandan
  • Secukup air utk tanak pulut

Cara Penyediaan Resepi Bubur Putih Bubur Merah

  1. Tanak pulut dgn secukup air hingga kembang dan masukkan juga daun pandan.
  2. Masukkan santan,masak hingga sebati dan asingkan 5 senduk pulut ke dlm mangkuk n tambah garam ke dlm (mangkuk) kacau rata.
  3. Masukkan gula melaka ke dlm pulut selebih nya kacau rata,kalau kurang manis tambah gula pasir.
  4. Apabila sudah masak sendukkan bubur pulut merah tadi ke dlm mangkuk dan senduk sedikit bubur pulut putih bubuh di atas nye.Dah siap utk di santap.
  5. Dah Siap!

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Selamat Mencuba.

Originally posted 2022-10-07 19:31:11.

Tinggalkan komentar