[Sedap] Resepi Bubur Lambuk Utara Simple & Mudah, Jom Cuba!

Resepi bubur lambuk utara antara menu yang menjadi kegemaran ramai terutama bila bulan Ramadan.

Kalau dulu tiap kali bulan Ramadan, kebanyakan masjid ada menyediakan juadah bubur lambuk yang akan disedekahkan kepada orang ramai.

Tapi sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, 2 tahun sambutan bulan Ramadan sunyi tanpa aktiviti bersedekah bubur lambuk. Rindunya nak makan bubur lambuk waktu buka puasa kan.

Jadi mak-mak dah boleh standby cari resepi bubur lambuk yang mudah nak dimasak sendiri.

Selain untuk juadah berbuka puasa sekeluarga boleh juga kita bersedekah kepada jiran-jiran.

Bahan Resepi Bubur Lambuk Utara

  • 1 ½ pot beras (cuci, rendam dalam 15 minit, kemudian toskan)
  • Daging (dihiris kecil, basuh dan toskan)
  • Perencah sup adabi 1 bungkus
  • Daun sup (dihiris kecil)
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)
  • 1 biji ubi kentang (potong dadu)
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 100 ml santan
  • 2 liter air
  • Bawang goreng
  • Gula dan garam

Cara Penyediaan Bubur Lambuk Resepi Utara

  1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air.
  2. Kisar sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi sampai naik bau.
  4. Masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau sebati.
  5. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.
  6. Masukkan pula beras yang dah siap ditos tadi. Kacau rata.
  7. Kemudian masukkan ramuan ni ke dalam periuk nasi.
  8. Masukkan air, ubi kentang dan juga lobak merah. Masak sehingga beras kembang.
  9. Selepas beras dah kembang, masukkan santan, gula, garam dan lada hitam.
  10. Masukkan juga daun sup dan bawang goreng.
  11. Kacau sebati dan masak lagi sampai beras hancur.
  12. Dah siap, boleh hidangkan.

Kalau nak makan makanan simple selain nasi berlauk, sesuai kalau anda nak buat bubur lambuk ni. Rasa pun sedap sebab kaya dengan bahan dan ramuan.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Jom tengok resipi,

  1. [Simple] Resepi Bubur Lambuk Kampung Baru Sedap & Mudah
  2. [Simple] Resepi Bubur Lambuk Terengganu Sedap & Mudah!
  3. [Sedap Sangat] Resepi Bubur MCD ala Kak Khairul Aming

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-05 10:41:00.

Tinggalkan komentar