[Simple] Resepi Bubur Lambuk Terengganu Sedap & Mudah!

Bubur Lambur merupakan menu yang popular semasa Bulan Ramadhan. Selain daripada juadah berbuka puasa biasannya bubur lambuk ini juga di masak di masjid – masjid untuk di agihkan kepada orang ramai.

Bubur lambuk Terengganu sememangnya amat popular serta menjadi kegemaran ramai, selain sedap dimakan ia juga baik untuk kesihatan. Anda boleh buat sendiri dengan cara yang dikongsikan iaitu resepi rahsia asli.

Keunikan bubur lambuk adalah kerana ia berempah dan berlemak dan mempunyai berbagai versi samada pedas dan memasukkan santan kelapa, walau bagaimanapun ia tetap mempunyai peminat tersendiri seluruh Malaysia.

Jika anda ingin cuba masak bubur lambuk asli dari Terengganu, anda boleh buat dengan mengikut resepi bubur lambuk sedap azie kitchen langkah demi langkah seperti yang dikongsikan oleh azie kitchen berikut.

Bahan Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Bahan

  • 6 ekor ikan selayang
  • Santan 2 biji kelapa
  • 2 inci halia
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 biji ubi keledek
  • 3 sudu besar kerisik
  • Gula melaka
  • Kiub ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Budu secukup rasa

Bahan Kisar Halus

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar lada hitam

Bahan Daun

  • Pucuk midin (75% keseluruhan daun)
  • Pucuk ubi
  • Pucuk kemangin
  • Daun kaduk
  • 2 helai daun kunyit
  • Daun kesom
  • Pucuk manis
  • Daun kunyit

Cara Penyediaan Bubur Lambuk Terengganu

  1. Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
  2. Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk, kacau.
  3. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus, kacau.
  4. Kemudian, masukkan keledek, lepas tu santan, kiub ikan blis, kacau.
  5. Campurkan pula gula melaka, kerisik. Masak sehingga mendidih.
  6. Lepas agak-agak keledek dah masak, masukkan segala daun, kacau rata.
  7. Tambah pula garam, gula dan peras dan budu. Rasa, jika cukup rasa lemaknya, masinnya dah siap.
  8. Tutup api dan boleh dihidang panas-panas.

Akhirnya dah siap bubur lambuk terengganu kita ini. Nampak sangat menyelerakan, kan? Satu mangkuk memang tak cukup, confirm akan selalu menambah!

Selain resepi bubur lambuk terenggany, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Originally posted 2022-10-05 01:20:00.

Tinggalkan komentar