[Simple] Resepi Bubur Lambuk Kampung Baru Sedap & Mudah

Tak lama lagi kita bakal menyambut Ramadan. Bubur lambuk menu kemestian buat mereka yang menggemarinya.

Kesedapan bubur lambuk kampung baru memang buat kita terkenang-kenang.

Nah buat yang merinduinya, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh che nom. Pasti terubat rindu kalian semua.

Bahan Resepi Bubur Lambuk Kampung Baru

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • setengah ulas halia
  • 2 batang kulit kayu manis
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • halba
  • 2 biji buah keras (ditumbuk)
  • bahan rempah (tumbuk halus)
  • jintan manis
  • ketumbar
  • lada sulah
  • lada hitam
  • 1 batang carrot (dipotong dadu)
  • 3 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • bawang goreng
  • minyak ghee 3 sudu
  • minyak masak
  • 2 cawan beras
  • air
  • 2 daun pandan (dicarik kecil)
  • 1 cawan udang kering
  • 5 biji kurma
  • 1/2 kg daging atau tetel

Cara Penyediaan Resepi Bubur Lambuk KG Baru

  1. Panaskan minyak masak bersama 3 sudu minyak ghee
  2. Tumis bahan rempah, lada sulah, lada hitam, daun pandan serta bawang besar, bawang putih dan halia sehingga keemasan dan naik bau
  3. Basuh secawan udang kering dengan air panas, toskan & tumiskan bersama bahan tadi
  4. Tumiskan pula daging 1/2 kg yg telah dipotong kecil sehingga daging agak lembut. 
  5. Masukkan air, beras 2 cawan yang telah dibasuh & masak sehingga daging empuk & nasi masak
  6. Masukkan santan & kacau rata sehingga masak
  7. Masukkan carrot yang telah dipotong dadu, kemudian hiaskan dengan bawang goreng, daun sup serta daun bawang & perasakan dengan garam
  8. Dah Siap!

Catatan

  • Kalau nak daging cepat empuk, rebus daging terlebih dahulu dengan pressure cooker / noxxa -/+ 40 minit.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

  1. [Simple] Resepi Bubur Lambuk Terengganu Sedap & Mudah!
  2. [Sedap Sangat] Resepi Bubur MCD ala Kak Khairul Aming

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-10-05 06:33:00.

Tinggalkan komentar