[Sedap] Resepi Bubur Lambuk Johor Simple & Mudah

Kalau Bulan Puasa aja, nanti timbul lah hidangan Bubur Lambuk.

Di masjid selalunya banyak juga orang beramal sedekahkan bahan-bahan dan juga tenaga demi untuk orang-orang yang akan berbuka nanti.

Persiapannya teratur terutama di Masjid serta Surau, sekeliling bersih dan kegiatannya bergitu meriah, Dengan periuk belanga yang besar, sendok kayu yang panjang, selera dan bersemangat betul kalau menjelang Ramadan yang akan tiba.

Bubur lambuk ni resipinya ada macam-macam versi, tapi kali ini kita nak buat resipi bubur lambuk ala johor, tunggu apa lagi ? Jom Mulakaan!

Bahan Resepi Bubur Lambuk Johor Simple

  • 2 Cawan beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 ekor ikan selayang atau selar – direbus dan diambil isinya
  • 100 gram udang
  • 100 gram sotong – dipotong
  • satu sudu kecil lada hitam – ditumbuk bersama isi ikan
  • 5 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • sebatang serai – dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • bayam
  • kangkung
  • pucuk paku
  • garam secukup rasa
  • perasa secukup rasa

Cara Penyediaan Bubur Lambuk Johor Simple

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus.
  2. Setelah naik bau, masukkan air dan beras yang telah dibasuh.
  3. Setelah bubur hampir masak, masukkan isi ikan yang telah ditumbuk bersama lada hitam.biarkan seketika.
  4. Masukkan serai, asam keping, udang, sotong, garam dan bahan perasa secukupnya. biarkan seketika.
  5. Akhir sekali masukkan bayam, kangkung, dan pucuk paku selama 2 minit. kemudian tutup api.
  6. Dah Siap!

Selain resepi bubur lambuk ala johor ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Nak Tau ? Jom Baca :

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-06 01:02:00.

Tinggalkan komentar