Resepi Bubur Labu Manis Sedap & Simple

Pengat Labu Manis yang sedap dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sebagai menu minum petang.

Boleh dimakan bersama roti ataupun biskut. Kalau di sebelah utara hidangan ni dipanggil serawa labu.

Labu sangat kaya dengan kandungan vitamin A yang baik untuk mata. Labu juga dipercayai dapat mencantikkan kulit kerana mempunyai kandungan serat, mineral dan sumber antioksida yang tinggi.

Macam-macam khasiat labu kan? Nak sediakannya pengat labu ni pun mudah aja.  Jom Mulakan!

Bahan Bubur Labu

  • 1/4 biji labu manis (saiz sederhana)
  • 1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • sehelai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula

Cara Penyediaan Resepi Bubur Labu

  1. Masukkan air dalam periuk, masuk sedikit sahaja
  2. Masukkan gula melaka dan gula pasir
  3. Masak sehingga gula melaka dan gula pasir cair
  4. Dah cair, masukkan labu dan gaul sebati.
  5. Kemudian masukkan daun pandan.
  6. Gaul dan biarkan sampai labu lembut.
  7. Kemudian masukkan sagu dan gaul sebati
  8. Kemudian masukkan santan dan gaul lagi kesemua dengan sebati.
  9. Kalau air sedikt, boleh tambah sedikit air lagi. Gaul sampai masak dan puas hati.
  10. Dah siap, boleh dihidangkan.

Catatan

  • Santan segar boleh diganti dengan 1 kotak santan cuma perlu lebihkan air supaya berkuah.
  • Rendam sagu sekejap supaya kembang kerana kita nak sagu cepat masak dan tak perlu direneh lama kerana takut santan akan mudah jadi berketul.
  • Pastikan labu sudah masak lembut barulah dimasukkan santan.

Jadi buat mak-mak bolehlah cuba kelaianan buat bubur labu yang sedang viral ni untuk minum petang nanti.Mesti anak-anak suka!

Nak coba resipi lain ? Jom Cuba!

Originally posted 2022-10-11 13:01:00.

Tinggalkan komentar