Resepi Bubur Kacang Merah Sedap & Simple

Pencuci mulut ini lebih kurang sahaja cara masakannya seperti bubur kacang yang lain.

Kelainan bubur kacang merah ini perlu dimasak lama sedikit kerana saiz kacangnya yang lebih besar berbanding kacang hijau.

Cara yang terbaik adalah merendam dahulu sehingga kembang sebelum dimasak untuk menjimatkan masa di dapur.

Boleh di hidangkan sejuk ataupun panas sesuai citarasa sendiri. Sangat sedap di makan Bersama roti mahupun biskut.

Bahan Resepi Bubur Kacang Merah

  • 1 cawan kacang merah ~ rendam hingga kembang, kemudian cuci bersih toskan
  • air secukupnya untuk rebus kacang
  • ½ cawan sagu. Cuci bersih dan toskan (kalau suka boleh kurangkan untuk tak nak pekat)
  • 1 buku gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir. Ikut citarasa, kalau tak suka manis kurangkan
  • 1 cawan santan
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • secubit garam

Bahan tuk Pati Santan

  • 1 cawan santan pekat
  • secubit garam

Cara Penyediaan Bubur Kacang Merah

  1. Kacang direndam sampai kembang sekurangnya 4 jam
  2. Cuci bersih dan rebus bersama air secukupnya sampai kacang kembang dan pecah
  3. Kemudian masukkan sagu dan masak lagi sampai sagu masak dan jernih
  4. Dalam periuk lain masak gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut
  5. Kemudian tapis
  6. Tuangkan gula Melaka ke dalam periuk rebusan kacang
  7. Masukkan daun pandan dan gula pasir
  8. Masak lagi hingga gula hancur
  9. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam agar terbit rasa lemak manisnya
  10. Biarkan merenih sebentar
  11. Sementara itu, satukan santan pekat dan garam untuk dimakan bersama bubur kacang merah nanti

Bila dah siap, korang bolehlah makan bubur kacang merah tadi dengan topping pati santan. Memang lain macam rasa sedap dia. 

Mungkin ada yang tak suka manis, jadi korang boleh je letak pati santan tu sikit je. Tak pun makan kosong ikut kesesuaian dan kesedapan tekak masing-masing. 

Ingin mencuba lagi resepi lain? Jom simak!

Originally posted 2022-10-10 13:01:00.

Tinggalkan komentar