[Mudah] Resepi Bubur Kacang Hijau Simple & Sedap!

Resepi Bubur Kacang Hijau yg sangat sedap. Tak susah nk buat bubur ni, cuma rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga lembut.

Lagi mudah jika anda mempunyai pressure cooker. Dalam masa 10 minit kacang sudah pecah dan lembut.

Che Nom memang sangat menggemari bubur kacang, dimakan bersama roti atau pun dimakan begitu sahaja. Jom check resepi bubur kacang hijau simple ni.

Bahan Bubur Kacang Hijau Resepi

  • Kacang hijau
  • Gula pasir
  • Daun pandan
  • Santan
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan Bubur Kacang Hijau Resepi

  1.  Basuh kacang dan toskan sekejap.
  2. Goreng kacang sehingga berbau wangi .
  3. Masukkan air dan daun pandan. Rebus sehingga empuk (kacang akan mengembang).
  4. Masukkan gula dan santan.
  5. Letak sedikit garam supaya ada rasa lemak. Dah menggelegak dan elok rasa nya, boleh tutup api.

Siap! Boleh makan, cicah dengan roti atau pulut, emm sedap!

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi-resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. Boleh klik dan cuba!

Originally posted 2022-10-06 10:29:00.

Tinggalkan komentar