[Sedap] Resepi Bubur Kacang Hijau Durian Simple

Musim durian, ramai yang akan buat serawa durian.

Tidak dilupakan, bubur kacang hijau durian juga. Bubur kacang hijau ini adalah antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai tak kira masa.

Bertambah sedap lagi jika dimakan bersama dengan durian. Kali ini kami kongsikan resepi bubur durian kacang hijau untuk anda. Jom cuba!

Bahan Resepi Bubur Kacang Durian

  • 3 cawan kacang hijau
  • 4-5 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 hiris (nipis) halia
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sudu maka gula melaka
  • Beberapa ulas isi durian kampung
  • Sedikit gula putih
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan Resepi Bubur Kacang Hijau Durian

  1. Basuh kacang hijau hingga bersih dan rendam selama 1 jam.
  2. Buang air rendaman dan masukkan air baru sebanyak 4-5 cawan.
  3. Rebus guna api perlahan hingga empuk. Kacang hijau yang empuk akan kembang dan lembik bila dipicit. Jika kacang masih keras, tambah air panas.
  4. Setelah kacang empuk, masukkan santan. Jika suka bubur yang berkuah banyak, tambah air dan santan.
  5. Untuk menaikkan aroma, masukkan halia dan daun pandan. Masak selama 2 minit kemudian keluarkan hirisan halia supaya baunya tidak kuat.
  6. Masukkan gula melaka. Kacau sebati
  7. Masukkan juga beberapa ulas isi durian kampung. Kacau sebati.
  8. Tambahkan lagi gula dan garam untuk menaikkan rasa lemak santan. Biarkan kuah mendidih beberapa kali.
  9. Bila semua rasa sudah cukup, padamkan api dan sedia untuk dinikmati. Boleh juga dijadikan aiskrim Malaysia.

Mudahkan nak buat bubur kacang hijau ini. Jika anda ikut resepi yang kami kongsikan ini, pasti jadi bubur kacang hijau anda.

Sebagai alternatif, jika anda tak suka kacang hijau, boleh cuba bubur jagung pula.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Semoga perkongsian resepi kali ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Originally posted 2022-10-07 01:38:00.

Tinggalkan komentar