Resepi Bubur Jagung Sedap & Ringkas

Bila tengah lapar dapat semangkuk Bubur Jagung memang sedap. Taruh pulak sagu makin sedap dan pekat.

Nak lagi sedap guna Gula Melaka atau Nise Kerek. Dah letak gula melaka, tak letak gula pasir pun tak apa, nanti terlebih manis pulak.

Resipi perkongsian Che Nom ni ringkas aje memasaknya. Senang sangat dan sedap benar Bubur Jagung ni.

Bahan Resipi Bubur Jagung

  • 2 batang jagung, hiris isinya
  • 1/4 -1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 3 sudu besar biji sagu
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara Penyediaan Bubur Jagung Resepi

  1. Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda. Jika rasa kurang manis boleh tambah lagi sedikit guka.

Catatan

  • Bubur haruslah kerap dikacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih supaya kuah tidak berketul dan pecah minyak.
  • Jika suka, boleh masukkan juga 1 tin jagung berkrim dalam tin. 

Selain resepi bubur jagung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat Mencuba.

Originally posted 2022-10-08 01:31:00.

Tinggalkan komentar