Resepi Bubur Gandum Sedap & Simple

Bubur gandum adalah pencuci mulut yang kaya dan berkrim yang diperbuat daripada gandum mutiara (atau biji gandum).

Lagi enak sekiranya dimakan pada musim hujan atau dihidangkan ketika makan petang bersama dengan roti. Yummy!

Rasa aroma yang datangnya daripada gula kelapa melengkapkan rasa keseluruhan bubur ini dan menjadikannya lebih sedap.

Bubur gandum sememangnya menggamit nostalgia zaman kanak-kanak.

Ini adalah salah satu resepi yang mudah dan bahan-bahannya tidak begitu rumit.

Tunggu apa lagi, berikut kami kongsikan resepi bubur gandum yang berbeza untuk anda nikmatinya bersama keluarga. Nanti bolehlah cuba.

Bahan Resepi Bubur Gandum Sedap

  • 200 gm atau 300 gm biji gandum (cuci dan rebus hingga kembang. Selama lebih kurang 30 minit).
  • 1 ketul gula melaka anggaran 200 gm (dihiris).
  • 1 cawan gula pasir.
  • 2 cawan santan pekat (guna 200 ml santan kara + 200 ml air masak).
  • 1000 ml air masak suhu bilik.
  • 1/3 cawan sagu (cuci dan toskan).
  • 3 helai daun pandan disimpul.
  • Sedikit garam.

Cara Penyediaan Bubur Gandum Resepi

  1. Mula-mula toskan biji gandum yang telah kembang dan masukkan ke dalam periuk lain.
  2. Kemudian tambahkan bersama biji gandum tadi daun pandan, sagu, gula melaka, gula pasir dan garam.
  3. Lalu tuang santan dan air. Boleh tambah air ikut kepekatan masing-masing.
  4. Kemudian masak hingga mendidih dan dikacau sekali sekala. Masak selama lebih kurang 25 minit, hingga kuah pekat sedikit.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selain resepi bubur gandum, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-13 13:02:00.

Tinggalkan komentar