Resepi Bubur Cha cha Tepung Pulut

Manisan Bubur Pulut yang mudah dan cepat disediakan. Ia sangat enak dinikmati pada bila-bila masa dan juga sesuai disajikan di pelbagai majlis-majlia keraian serta majlis berbuka puasa.

Bahan Bubur Tepung Pulut Resepi

  • 3 cawan tepung pulut
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • santan secukupnya..(agak2 la ye nk byk mana..)
  • 1 cawan sagu biji (basuh dengan cara lalukan dibawah air paip,dan ramas sikit untuk buang kanjinye)rebus hingga jernih toskan
  • 1 ketul gula melaka
  • gula putih secukupnya
  • 1 sb susu pekat (cara saya tak letak pun ok) – *boleh ikut anggaran kemanisan yg disukai

Cara Penyediaan Resepi Bubur Tepung Pulut

  1. Uli tepung pulut bsama sdikit garam dan air hingga lembut dan x mlekat ditangan
  2. Bahagikan beberapa bahagian,ltak pewarna disukai
  3. Bulat2 kan ikut saiz disukai dan rebus hingga timbul, angkat
  4. Sementara itu dlm periuk lain panaskan santan, api kecil ye
  5. Masukkan 2 helai daun pndan
  6. Da nmpak berasap bolela masukkan gula melaka dan gula putih serta susu pekat.
  7. Kacau selalu dan bile nmpak nk mndidih masukkan tepung pulut td dan sagu biji
  8. Kacau 10 minit,da mndidih trus tutup api dan hidangkan, siap.

Selain resepi bubur cha cha tepung pulut, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-08 15:45:00.

Tinggalkan komentar