Resepi Bubur Cha cha Tepung Gandum

Bubur Chacha atau Bubur Gandum ini merupakan salah satu manisan tradisional yang digemari ramai.

Cara membuatnya mudah sahaja dan sesuai dijadikan sajian minum petang atau dinikmati pada bila-bila masa.

Saudari Cahaya Jannah ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah neneknya. Wow, Pasti Sedap. Jom cuba!

Bahan Resepi Bubur Chacha

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam gula melaka
  • 1/2 biji kelapa ~ diambil santan, (jangan terlampau pekat & jangan terlampau cair)
  • Secubit garam
  • Daun pandan
  • Gula secukup rase 

Cara Penyediaan Bubur Chacha Resepi

  1. Uli tepung gandum bersama air suam. Uli hingga tak melekat kat tangan. Kalau melekat kat tangan tambah gandum.
  2. Kemudian, gentelkan doh jadi panjang-panjang.
  3. Didihkan santan bersama gula melaka, secubit garam & daun pandan. Biarkan hingga mendidih.
  4. Bila dah mendidih, masukkan tepung. Biarkan sehingga tepung masak.
  5. Boleh diangkat dan dihidangkan.

Selain resepi bubur tepung gandum, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat Mencuba.

Originally posted 2022-10-08 19:40:00.

Tinggalkan komentar