Resepi Bubur Butir Nangka Mudah & Sedap

Resepi bubur butir nangka ni memang dah selalu dibuat dari zaman dulu lagi, Bubur butir nangka ni sejenis kuih tradisional berkuah / bubur manis yang popular di Kelantan, terutama sekali di bulan Ramadhan.

Makan butir nangka macam tu je pun dah cukup menyelerakan.

Kalau anda nak buat, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Sue Shuk ni. Mudah je cara buatnya.

Hanya 3 bahan untuk adunan butir nangka dan 4-5 bahan je untuk kuah santan.

Bahan Resepi Bubur Biji Nangka

Bahan Untuk Biji Butir Nangka

  • 3-4 cawan tepung beras pulut
  • 1 sudu kecil air kapur
  • secubit garam
  • air
  • pewarna makanan secukupnya

Bahan Untuk Kuah Butir Nangka

  • 2-3 mangkuk besar santan dari 1/2 biji kelapa ATAU 1 kotak santan segera
  • sehelai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 sudu kecil rempah biji halba
  • gula
  • garam

Cara Penyediaan Resepi Bubur Biji Nangka Mudah

Cara Nak Buat Biji Butir Nangka

  1. Panaskan air di dalam periuk.
  2. Bancuh air kapur bersama air dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke atas tepung pulut. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh dan uli bersama beberapa titik pewarna kesukaan anda sehingga warna doh sekata. Cubit sedikit dan bentukkan doh menjadi bujur. Ulang proses sehingga doh habis.
  4. Rebus butir doh di dalam air panas tadi sehingga timbul di permukaan dan kautkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk biasa.

Cara Nak Buat Kuah Butir Nangka

  1. Panaskan santan di atas api perlahan.
  2. Masukkan biji halba dan daun pandan.
  3. Kemudian masukkan biji butir nangka yang telah ditapis dari air rendaman tadi.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Kacau kuah dengan perlahan sehingga mendidih dan tutup api.

Catatan

  • Kuah akan lebih sedap jika anda gunakan santan segar berbanding santan kotak.
  • Kuah juga harus lebih rasa manisnya. Anda harus pandai mengagak gula yang perlu dimasukkan ke dalam kuah mengikut citarasa sendiri.

Selain resepi bubur butir nangka, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-17 01:10:00.

Tinggalkan komentar