Resepi Bubur Berlauk Sedap Yummy

Siapa di sini peminat resepi bubur nasi ? Tak kiralah dimakan pada waktu biasa atau pada waktu kesihatan yang tak mengizinkan,memang hidangan bubur lah yang menjadi makanan ruji kan.

Bubur nasi untuk ibu yang berpantang pun boleh makan cuma sesuaikan lauk nya dengan ikan bakar dan sayur yang sesuai sahaja bersama seruding halia atau garlic crunchy dan lada hitam ya.

Untuk satu hidangan lengkap bubur nasi ianya satu hidangan yang terdiri dari nasi lembik, tiada sup, dihidangkan dengan telur masin dan aneka lauk lain tapi tidak dicampur sekali.

Dah jelas kan ?

Hari ini kami nak berkongsi resepi bubur nasi sedap daripada azie kitchen. Menyelerakan sungguh.

Lauk untuk bubur nasi anda boleh tambah ikut keinginan tapi biasanya ada yang buat nasi bubur ikan bilis goreng, telur asin, kangkung goreng belacan, daging goreng kicap,sotong kering dan juga ikan kering. Banyak kan variasi aneka lauk untuk bubur ni kan. Jom Mulakan!

Bahan Resepi Bubur Berlauk

  • 250gm  beras |di cuci bersih
  • 1 liter air
  • Secubit garam

Bahan Tuk Kangkung Goreng Belacan

  • 2 ikat kangkung
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci  belacan
  • 10 biji cili padi merah atau hijau
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya  
  • 1 kiub ikan bilis
  • 125ml air
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan Bubur Berlauk Resipi

  1. Tanak nasik seperti biasa hingga menjadi bubur putih.
  2. Bubur ini dinikmati bersama jeruk asin, telur masin dan ikan kering.
  3. Untuk menyediakan Kangkung Belacan, potong sayur kangkung dan cuci bersih.
  4. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan cili padi sehingga lumat.
  5. Ambil dua batang serai dan ketuk. Asingkan seketika.
  6. Tumiskan cili dan bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu. Tumis sehingga naik baunya.
  7. Tambahkan air jika terlalu kering. Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
  8. Masukkan kangkung dan gaul rata. Biar kangkung sedikit lembut dan segera tutup api.
  9. Angkat dan nikamti bersama bubur nasi tadi.
  10. Emm, Sedap

Tulah cara nak buat resepi bubur berlauk azie kitchen mudah je kan nak buat ? Tunggu apa lagi ? mulakan lah, semoga berjaya.

Nak buat resipi bubur lain lagi ? Jom cuba Resepi bubu lain ni,

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-14 13:08:00.

Tinggalkan komentar