Resepi Bubur Barli Sedap & Simple

Bagaimana cara nak masak Bubur Barli?

Kepada sesiapa yang belum pernah cuba memasak bubur barli, bolehlah cuba kerana ianya pasti menjadi kegemaran suami dan anak anak.
Lagi pulak, bubur seperti ini sihat dan mengenyangkan.  Jom layan resepi di bawah ini!

Bahan Resepi Bubur Barli

  • 100 gm barli
  • 1 tin jagung manis buang airnya
  • 1500 ml air
  • 400ml santan
  • 1 cawan gula
  • 7 sudu makan sagu biji (basuh dan toskan)
  • 2 helai daun pandan (disimpul) Sedikit garam

Cara Penyediaan Bubur Barli Resepi

  1. Basuh barli dan toskan. Rebus barli bersama air dan daun pandan sehingga kembang.
  2. Apabila kembang masukkan jagung dan gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan pula santan , sagu dan garam.
  4. Kacau sehingga ia mendidih dan angkat.
  5. Dah Siap!

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-18 06:21:31.

Tinggalkan komentar