Resepi Bubur Asyura Kelantan

Bubur Asyura atau dipanggil sebagai sugho di Kelantan menpunyai rasa yang berbeza dengan asyura utara atau asyura di tempat lain.

Ada yang kata asyura Kelantan manis dan ada yang kata berbau dan rasa seperti majun.

Tunggu apa lagi ? Jom layan resepi yang saya gunakan berikut ini. Selamat Mencuba!

Bahan Resepi Bubur Asyura Kelantan

  • 7 kg beras Malaysia beras bersamaan 2 gantang beras
  • 1 kg ubi keledek
  • 1 kg kacang hijau
  • 7/8 kg santan pekat
  • 8-10 kg isi ayam atau daging lembu yang direbus dan dicarik-carik isinya.
  • 3 tin jagung dalam tin.
  • 9 kg gula (boleh dikurangkan)
  • 250 gram garam
  • 1 keping halia. (kisar)
  • 20 batang serai (kisar)
  • 2 kg rempah asyura

Cara Penyediaan Resepi Bubur Asyura Simple

  1. Masak air di dalam kawah. Bila mendidih masukkan beras yang telah dibersihkan, kacang hijau dan ubi keledek.
  2. Kacau sehingga betul-betul pekat, barulah dimasukkan santan.
  3. Kacau lagi barulah di masukkan gula. Kacau lagi sehingga bubur menjadi semakin likat.
  4. Masukkan serai dan halia yang dikisar dan tumis dengan sedikit minyak di dalam kuali lain.
  5. Bila telah wangi dan masukkan rempah asyura. Masukkan bahan yang ditumis ini di dalam kawah. Kacau sehingga bertambah likat.
  6. Masukkan isi daging/ayam dan kacau lagi. Masukkan jagung dan akhir sekali garam.
  7. Dah Siap!

Selain resepi bubur asyura simple, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. 

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-09 04:01:55.

Tinggalkan komentar