Resepi Bubur Anak Lebah Manis & Sedap

Jangan terkeliru dengan cendol, ini sebenarnya adalah bubur anak lebah makanan orang Rawa yang cukup terkenal di Perak.

Kebiasaannya bubur anak lebah akan dihidangkan di kenduri kahwin atau majlis keramaian yang lain.

Bahan Resepi Bubur Anak Lebah

Bahan Tuk Anak Lebah

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 tbsp gandum
  • 1 tsp air kapur
  • Air secukupnya
  • Pandan paste

Bahan Tuk Kuah Anak Lebah

  • 1/4 cawan sagu mata ikan
  • 1 kotak santan
  • 1 1/2 ketul gula melaka
  • Secubit garam
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan Anak Lebah

  1. Satukan kesemua bahan anak lebah dan uli hingga dapat kepekatan yang diingini.
  2. Sagat adunan ke dalam air menggelegak lalu biarkan hingga masak Tapis dan bilas.
  3. Untuk kuah, rebus sagu mata ikan bersama air hingga menjadi lutsinar. Masukkan gula melaka dan biar hingga cair
  4. Kemudian masukkan anak lebah tadi dan santan. Perasakan dgn sedikit garam. Tambah gula jika perlu
  5. Bubur anak lebah sedia dihidang.

Selain resepi bubur anak lebah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai.

Selamat Mencuba!

Originally posted 2022-10-12 13:01:00.

Tinggalkan komentar