Resepi Biskut Thumb Print

Siapa yang suka mengunyah biskut raya kenalah buat yang memang menjadi kegemaran.

Boleh cuba buat biskut thumbprint dengan menggunakan ibu jari.

Tambah sedap disalut pula dengan kacang tumbuk yang sudah disangai. Confirm ketagih nak makan.

Bahan Biskut Thumb Print

  • 170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
  • 150g (2/3 cawan) gula
  • 1 biji telur, size besar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
  • ¼ sudu teh garam
  • Jem strawberry secukupnya

Cara Penyediaan Biskut Thumb Print

  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  6. Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
  7. Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
  8. Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
  9. Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
  10. Angkat dan sejukkan.

Originally posted 2022-11-11 05:18:16.

Tinggalkan komentar