Resepi Biskut Tart Nenas

Bila sebut resepi tart nenas , terus terbayang keenakkan biskut raya yang ni kan.

Dengan rasa tart yang cair dalam mulut dan diilengkapkan pula dengan manis masam jem nenas, memang sungguh mengasyikkan. Tak perasan masuk mulut satu persatu.

Tunggu apa lagi ? Jom simak maklumat resepi tart nanas rangup berikut ni.

Bahan Biskut Tart Nenas

Bahan Untuk Tart Nanas

  • 300 gram tepung gandum*
  • 4 sudu besar tepung jagung*
  • 3 sudu besar gula aising*
  • 200 gram mentega, potong kiub
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 kuning telur

Bahan Untuk Jem

  • 2 biji nenas, parut dan toskan air
  • 600 gram gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning

Cara Penyediaan Biskut Tart Nenas

Cara Buat untuk Tart Nenas

  1. Bulatkan inti tart anggaran lebih kurang sebesar biji guli.
  2. Ayak bahan atau tepung bertanda *. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan mentega sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
  5. Keluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastik wrap. Dengan menggunaka cara ini, doh yang lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan dan hiaskan dengan inti tart.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah celcuis (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit.

Cara Buat untuk Jem Nenas

  1. Masak nenas bersama gula.
  2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga kering.
  3. Bulatkan doh untuk inti tart nyonya.

Originally posted 2022-11-21 01:13:00.

Tinggalkan komentar