Resepi Biskut Suji Arab

Bagi yang dah biasa buat cookies untuk Hari Raya, mungkin anda dah biasa dengan biskut suji atau biskut arab ni.

Ia antara biskut raya yang paling mudah nak disediakan dan menggunakan bahan yang sanagat minimum.

Hasilnya pula tak mengecewakan, selepas dibakar, ia akan mengeluarkan bau yang wangi, tekstur rangup dan rapuh, cair di mulut, serta rasa yang lemak manis.

Insha Allah puas hati kalau buat sendiri sebab prosesnya cukup mudah.

Untuk beginners pun bolehlah cuba, sebab ia sangat simple!

Tak percaya? Jom kita tengok resepi biskut suji arab di bawah ini.

Bahan Resepi Biskut Suji Arab

Bahan Biskut Suji Arab

  • 2 ¼ cawan tepung gandum
  • 200g minyak sapi
  • ½ cawan gula icing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ¼ sudu kecil garam
  • 3 sudu besar susu tepung

Bahan Untuk Salutan

  • ¼ cawan susu tepung
  • ¼ cawan gula aising

Cara Penyediaan Resepi Biskut Suji Arab

  1. Ayak tepung gandum.
  2. Di dalam mangkuk, masukkan minyak sapi, gula aising, garam dan esen vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
  3. Masukkan susu tepung dan diikuti dengan tepung gandum sedikit demi sedikit
  4. Gaul sebati adunan sehingga lembut.
  5. Gris loyang dengan mentega/marjerin.
  6. Bentukkan adunan menjadi bulat atau bebola dengan saiz besar yang sama
  7. Bakar adunan biskut pada suhu 160˚C dalam anggaran selama 20 minit.
  8. Sejukkan seketika.
  9. Masukkan biskut suji dalam bahan salutan dan gaul sehingga bersalut sekata.
  10. Hiaskan dalam cawan kertas dan Biskut Suji Arab siap untuk dihidang.

Cara Untuk Buat Salutan

  1. Masukkan gula aising dan susu tepung. Gaul sekata kedua bahan.

Originally posted 2022-11-01 03:48:48.

Tinggalkan komentar