Resepi Biskut M&M Rangup

Musim perayaan nanti memang tak sah kalau tak ada kudapan atau biskut raya kan?

Tak kisahlah sama ada beraya di rumah atau balik kampung, resepi biskut M&M ni memang sesuai dan senang sangat nak buat.

Buat untuk makan sendiri pun best… Rangup dan bercoklat, boleh ketagih dibuatnya.

Jom kita tengok resepi biskut M&M yang dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed ini.

Bahan Biskut M&M Rangup

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan (170 gram) unsalted butter, suhu bilik
  • 1/3 cawan gula kastor, resepi asal 2/3 cawan
  • 2/3 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur sahaja
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 – 1 cawan M&M

Cara Penyediaan Biskut M&M Rangup

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C. (bakar pada suhu 160°C sahaja sebab ikut kesesuaian oven).
  2. Ayak tepung gandum, baking soda dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk berasingan menggunakan electrik mixer ataupun hand mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang, ringan serta warna menjadi pucat.
  4. Kaut bahagian bawah dengan spatula dan kacau supaya sekata. Masukkan telur dan kuning telur. Teruskan putar sehingga sebati kemudian masukkan esen vanilla.
  5. Sudukan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sekata. Gunakan spatula untuk pastikan bahagian bawah doh digaul sebati.
  6. Jika adunan agak lembik, masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit ke 1 jam.
  7. Gunakan sudu kecil atau scoop ice cream untuk bentukkan kepada doh bulat kecil dan kemudian susun di atas dulang pembakar. Selit M&M di dalam doh dan juga tekan rata M&M di atas permukaan doh.
  8. Bakar selama 15-18 minit. Angkat dan sejukkan di atas dulang pembakar seketika sebelum dipindahkan ke atas rak penyejuk biskut kerana biskut agak lembut di tengah jika masih panas.

Originally posted 2022-11-09 05:07:21.

Tinggalkan komentar