Resepi Biskut Mentega Kacang

Biskut mentega kacang merupakan salah satu biskut yang kewujudannya sudah lama.

Namun masih ramai anak-anak muda hari ini belum kenal dan belum tahu cara menyediakan biskut mentega kacang ini.

Rasanya memang sedap sangat. Nak menyediakannya juga tidak terlalu sukar. Jadi jom kita ikut resepi dekat bawah ini.

Bahan Biskut Mentega Kacang

  • 230g mentega kacang rangup (crunchy peanut butter)
  • 75g mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 90g gula kastor
  • 90g gula perang
  • 1 biji telur, saiz A
  • 140g tepung naik sendiri, ayak

Cara Penyediaan Biskut Mentega Kacang

  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Pukul mentega, mentega kacang dan telur sehingga berkrim.
  3. Masukkan gula kastor dan gula perang dan teruskan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Uli doh sebesar biji guli, susun di atas loyang dan tekan dengan garfu.
  6. Bakar selama 10 minit.
  7. Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Catatan

Jika anda rasa biskut ni rupanya terlalu simple, boleh dihiaskan dengan potongan ceri atau coklat dan white drizzle supaya kelihatan lebih menarik.

Originally posted 2022-11-12 05:21:42.

Tinggalkan komentar