Resepi Biskut Mama Carey

Selain biskut Almond London, biskut Mama Carey antara biskut yang cukup digemari oleh semua.

Selain warna dan rupanya yang cantik dan sekata, biskut ini juga cukup digemari kerana mudah hendak disediakan.

Lorekan cantik di atasnya juga menjadi daya penarik.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nor Hazwani Ali.

Bahan Biskut Mama Carey

  • 200 gm mentega, premium Anchor butter
  • 100 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen Vanilla
  • 260 gm tepung red rose atau tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 50 gm susu tepung*

Bahan Untuk Aising

  • 1 biji telur putih
  • 90g gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan Biskut Mama Carey

  1. Pukul mentega (suhu bilik) bersama gula sehingga putih berkrim, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga sebati.
  2. Ayak bahan bertanda *. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh seketika didalam peti ais, anggaran 10-15 minit.
  4. Keluarkan doh dan terap dengan acuan kegemaran.
  5. Susun dalam dulang pembakar yang telah di gris atau dilapik dengan baking paper. Bakar kuih selama 10-15 minit, atau separuh masak pada suhu 160 celcius. Sejukkan.
  6. Paipkan atas biskut dengan aising dan corakkan/lorek atas biskut menggunakan chocolate emulco. Bakar kembali selama 7-8 minit.

Cara Buat Untuk Aising

  1. Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.

Originally posted 2022-11-27 01:11:00.

Tinggalkan komentar