Resepi Biskut Lidah Kucing

Biskut Lidah Kucing pernah viral satu ketika dahulu. Boleh dikatakan setiap rumah akan menyediakan Biskut Lidah Kucing.

Keunikan Biskut Lidah Kucing ialah pada kerangupan dan kerapuhannya. Sesuai sangat dihidangkan kepada saudara-mara dan tetamu pada bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Berikut merupakan resipi penyediaan Biskut Lidah Kucing seperti yang dikongsikan oleh Ziela Abdullah

Bahan Biskut Lidah Kucing

  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex
  • Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
  • Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara Penyediaan Biskut Lidah Kucing

  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
  2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
  4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
  6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
  7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
  8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
  9. Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
  10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
  11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
  12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Originally posted 2022-11-22 01:25:00.

Tinggalkan komentar