Resepi Biskut Kelapa Rangup

Resepi biskut kelapa ini merupakan resepi yang ringkas. Ianya menggunakan kelapa parut sebagai bahan utama yang memberi rasa lemak kelapa tersebut.

Rasa manisnya pula terdapat daripada gula kastor yang ditambah ke dalam adunan.

Ianya kemudian dibakar sehingga masak menjadikan ianya rangup dan cair di mulut.

Resepi biskut kelapa ini juga jika dimakan pasti tidak boleh berhenti.

Ini kerana, saiznya yang sesuai dengan sekali suap ataupun bite-size amat sesuai dimakan oleh anak – anak. Jadi, jom kita cuba resepi ini!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook beliau dan mendapat perkongsian yang tinggi! Mari kita lihat.

Bahan Biskut Kelapa Rangup

  • 250 gram mentega
  • 80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak
  • 250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak
  • 120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu teh pandan paste
  • 1/2 sudu teh esen pandan
  • 80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus
  • Kelapa kasar untuk hiasan
  • Telur putih untuk hiasan
  • Ceri merah untuk hiasan (optional)
  • Coklat cair untuk hiasan (optional)

Cara Penyediaan Biskut Kelapa Rangup

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat.
  2. Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati.
  3. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung.
  5. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  6. Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan anda. Sapu bahagian atas dengan telur putih dan taburkan dengan kelapa kering. Boleh juga ditelangkupkan bahagian atas biskut di dalam bekas yang ditaburi kelapa kering. Hiaskan dengan ceri (jika suka).
  7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.

Catatan

Jika anda ingin hiaskan dengan cairan coklat, biskut hendaklah dibakar dan disejukkan terlebih dahulu. Coklat perlu dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat cair dalam piping bag dan potong muncung beg sedikit sahaja.

Originally posted 2022-11-20 01:08:00.

Tinggalkan komentar