Resepi Biskut Keju Cheddar

Ni ramuan biskut keju atau cheese yang ada ramuan keju dalam adunan sekali. Bukan sekadar letak hiasan aje.

Rangup dan senang mencair dalam mulut, ni biskut keju @cheese cookies yang mudah dibuat.

Kaya dengan rasa keju, ramuan keju jangan kedekut masa masuk dalam adunannya. Jom masukkan resepi ni dalam koleksi buku biskut nanti.

Bahan Biskut Keju Cheddar

  • 300g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 250g mentega
  • 130g gula icing
  • 1 biji telur, suhu bilik
  • 100g parutan keju cheddar

Bahan untuk Hiasan

  • 1 biji telur +1 sudu besar air, bancuh sebati
  • parutan keju cheddar secukupnya

Cara Penyediaan Biskut Keju Cheddar

  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan soda bikarbonat bersama dan ketepikan.
  3. Pukul gula dan mentega sehingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan adun dengan sekata.
  5. Masukkan parutan keju cheddar bersama bahan ayak. Uli adunan sehingga sebati.
  6. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai doh dan terap mengikut acuan kesukaan anda. Sapu dengan bancuhan telur dan tabur dengan parutan keju cheddar sebagai hiasan.

Catatan

Doh harus direhatkan seketika supaya bahan-bahan kering menyerap lembapan, lebih senang dibentuk dan menghasilkan tekstur yang lebih baik untuk biskut.

Originally posted 2022-11-13 05:27:04.

Tinggalkan komentar